From The Archbishop's Desk

Message for Lent for Catholic Lenten Appeal 2020 / Perutusan Lent untuk Rayuan Lent Katolik 2020 / 天主教四旬期募捐文告 2020

(English)

“Today too, there is a need to appeal to men and women of good will to share, by almsgiving, their goods with those most in need, as a means of personally participating in the building of a better world.   Charitable giving makes us more human, whereas hoarding risks making us less human, imprisoned by our own selfishness.” (Pope Francis’ Lenten Message 2020)

To Catholics and especially friends of good will,

In Church, the annual season of Lent begins on Ash Wednesday 26th February 2020. The 40-day journey leads towards Good Friday 10th April 2020. During this period, we are invited to PRAY, FAST & GIVE ALMS. We give more time to read God’s Word, pray, fast, do penance, repent from sin, seek reconciliation with God and neighbour, and make changes in our lifestyle, attitude and behaviour.

As we enter 2020, the world is facing greater economic, financial and health challenges. The Wuhan Novel Coronavirus (2019-nCoV) has impacted global economies. It is the poor, needy, women, children and elderly who will be hit the hardest. By supporting our Church’s charitable organisation and partnering with NGOs, we can mitigate these hardships by offering financial and material assistance in terms of food, fees for education and transportation.

In the Gospel, after feeding of the 5,000 and when all had eaten, Jesus told his disciples, “­Gather the pieces that are left over. Let nothing be wasted.” (John 6:21). I would like to echo Pope Francis’ appeal to World Food Programme to eliminate Food Waste.

“Wasting food damages the lives of many individuals and prevents the progress of peoples… If we wish to build a future where no one is left behind, we must create a present that radically rejects the squandering of food.” (#StopTheWaste – November 2019)

“Throwing away food is like stealing from the table of those who are poor and hungry,” (5 June 2013).

I ask all to make a conscious commitment and decision not to waste food.

For the Lenten Appeal, I exhort all Catholics in the Archdiocese and all people of good will to be generous and to contribute financially to alleviate suffering for these struggling families.

Yours sincerely,

Archbishop Simon Poh

Note: Lembaga Hasil Dalam Negara has reinstated Catholic Welfare Service Council Sarawak as a Tax-Exempt Organisation. Donation will be tax- exempted.


(Bahasa Malaysia)

“Hari ini juga, terdapat keperluan untuk merayu kepada lelaki dan wanita yang berniat baik untuk berkongsi, menerusi pemberian sedekah, barangan mereka dengan orang yang paling memerlukannya, sebagai satu cara untuk mengambil bahagian secara peribadi dalam usaha membina dunia yang lebih baik. Pemberian amal menjadikan kita lebih manusiawi, manakala menyimpan barangan berisiko menjadikan kita kurang manusiawi, dipenjara oleh sikap kita sendiri yang mementingkan diri.” (Perutusan Lent 2020 oleh Pope Francis)

Kepada jemaat Katolik dan terutamanya rakan-rakan yang berniat baik,

Dalam Gereja, musim tahunan Lent bermula pada Rabu Abu 26hb Februari 2020. Perjalanan selama 40 hari ini menuju ke arah Jumaat Agung pada 10hb April 2020. Dalam tempoh ini, kita dijemput untuk BERDOA, BERPUASA & MEMBERI SEDEKAH. Kita meluangkan lebih banyak masa untuk membaca Firman Allah, berdoa, berpuasa, melaksanakan hukuman bagi dosa, bertaubat daripada dosa, mencari kedamaian dengan Allah dan sesama manusia, dan membuat perubahan dalam gaya hidup, sikap dan tingkah-laku kita.

Ketika kita memasuki tahun 2020, dunia berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi, kewangan dan kesihatan yang lebih besar. Novel Koronavirus (2019-nCoV) telah memberi impak kepada ekonomi global. Golongan paling teruk terjejas adalah orang miskin, orang memerlukan bantuan, kaum wanita, kanak-kanak dan warga emas. Dengan menyokong organisasi amal Gereja kita serta bekerja sama dengan NGO (badan bukan kerajaan), kita dapat mengurangkan kesusahan ini dengan memberi bantuan kewangan dan kebendaan dari segi makanan, yuran untuk pendidikan, dan pengangkutan.

Dalam Injil, selepas Ia memberi makanan kepada 5,000 orang dan semua sudah makan, Yesus menyuruh murid-muridNya, “Kumpul sisa-sisa makanan. Jangan membazir.” (Yohanes 6:21). Saya ingin mengulangi rayuan Pope Francis kepada Program Makanan Sedunia untuk membasmi Pembaziran Makanan.

“Membazir makanan merosakkan kehidupan ramai individu dan menghalang kemajuan manusia… Jika kita ingin membina masa depan di mana tidak ada sesiapa pun yang ketinggalan, kita mesti mewujudkan masa kini yang secara radikal menolak pembaziran makanan.” (#StopTheWaste – November 2019)

“Membuang makanan adalah umpama mencuri dari meja orang miskin yang kelaparan.” (5 Jun 2013).

Saya meminta agar semua membuat keputusan dan komitmen secara sedar untuk tidak membazirkan makanan.

Saya merayu kepada semua orang Katolik dalam Keuskupan ini dan kepada semua orang yang berniat baik untuk bermurah hati dan memberi sumbangan kewangan bagi mengurangkan penderitaan keluarga-keluarga yang mengalami kesusahan.

Yang benar,

Uskup Agung Simon Poh

Nota: Lembaga Hasil Dalam Negara telah menyenaraikan semula ‘Catholic Welfare Service Council Sarawak’ (Majlis Perkhidmatan Kebajikan Katolik Sarawak) sebagai sebuah pertubuhan yang dikecualikan daripada cukai. Sumbangan derma akan dikecualikan daripada cukai.


(Mandarin)

『今天也一样,有需要向善心的男女们呼吁,藉着捐钱,和那些最需要的人们分享,作为个人参与建立一个更好的世界的方法。行善令我们更加有人性,而囤积的危险是令我们更少人性,受困在我们自己的自私内。』(教宗方济各2020年四旬期文告)

致众天主教信友,以及特别是友善的朋友们,

在教会,一年一度的四旬期从2020年2月26日圣灰星期三开始。这四十天的旅程的终点是2020年4月10日的
主受难日。在这期间,我们受促祈祷、守斋和施舍。我们花更多时间阅读天主的话、祈祷、守斋、做补赎,
忏悔己罪,寻求和天主,以及和近人和好,改变我们的生活方式、态度和行为。

在我们进入2020年之际,世界正面对巨大的经济、财务和卫生的挑战。武汉新冠狀病毒(2019-nCoV)已
影响了全球经济,而受此现象打击最沉重的将是贫穷、需要帮助的、妇女、儿童和老年人。藉着支持我们教
会的慈善机构,以及和非政府组织联手,提供财务和物质救助,如食物、教育费和交通费,我们能够缓和他
们的苦况。

我吁请总教区内的所有天主教徒,以及所有善心的人们,慷慨地捐献,以减轻这些为生活挣扎的家庭。

傅云生总主教

备注: 国家税务局已恢复砂朥越天主教福利部为免征税机构的地位。所有捐款都将获得豁免征税。