From The Archbishop's Desk

Annual Lenten Appeal 2018 (3 Languages)

Lenten Appeal Message
This year, our Chinese New Year falls on the 3rd day of the Lenten Season. Our Malaysian Bishops have given dispensation from fast and abstinence from meals on this Friday in view of this festive season when we offer our gratitude and respect to our elders, celebrate and reconnect as friends.

Our Holy Father, Pope Francis’ message for Lent calls for a conversion of cold hearts that tend to be self-centred and engrossed in materialistic living. Lent is an appropriate time to begin afresh, to repent of sins, to renew our faith and to bring hope and mercy to those in need living among us.

PRAYER allows is to recollect our minds, to hear God’s gentle whisper amidst a busy world. We talk with our Lord in prayer, walk with him on the Stations of the Cross.

PENANCE Through abstinence and fasting, we seek to overcome a materialistic and hedonistic lifestyle that pursues pleasure and enjoyment. Our penance invites us to turn away from such self-centred lifestyle. The Church invites us to live humbly and share our resources. With the call of creation of justice, we can choose not to waste food. The Star (24 May 2016) reported that “Malaysians waste 15,000 tonnes of food daily including 3,000 tonnes that is still fit for consumption and should not be discarded”. Let us make a difference this Lent.

ALMSGIVING is more than just giving $$$ or donations to charities or the poor, as a way to appease our conscience as a result of our materialistic lifestyle or a way of making up for not contributing to society. Almsgiving calls for an interior attitude for us to offer our hearts and be willing to “give till it hurts.” And so, I ask you to put aside the money saved from abstinence from chocolates, ice-cream, etc, and money saved from not eating out or going to the movies, etc. Give the money saved as your offering of love to the Lord.

I appeal to all Catholics to collect your Lenten Boxes and envelopes. Seek to live a simple lifestyle. Let us eat less and let us not waste food, water, electricity, etc. Be more reflective in what we do and pray more earnestly. As a sign of gratitude to our loving God who offered us His only Son, Jesus, let us give generously to support our Lenten Appeal for “the measure you give will be the measure you will receive” (Matthew 7:2).

Praying for a Spirit-filled Lenten season.

Archbishop Simon Poh


2018年四旬期的呼吁

今年我们的农历新年落在四旬期开始的第三天。为了这个我们敬老、朋友们庆祝及相聚的喜庆节日,我们马来西亚的主教们已豁免星期五本应守的大小斎。

我们的圣父教宗方济各在他的四旬期文告中呼吁,从自我中心和沉迷于物质生活的冷淡的心的转变。四旬期是重新开始、悔罪、革新我们的信德和为我们中间有需要的人们带来希望和仁慈的适当时机。

祈祷让我们审察我们的心志,在嚣喧的世界里聆听天主温柔的呼唤。在祈祷中与我们的主交谈,在拜苦路中与祂同行。

补赎….藉着守斋,我们寻求克服追求欢乐和享受的物质主义和享乐主义的生活方式。教会邀请我们谦逊地生活以及分享我们的资源。在创造正义的呼吁下,我们可以选择不浪费食物。《星报》2016年5月24日报导,「马来西亚人每天浪费一万五千吨的食物,包括三千吨仍然可以食用不应该抛弃的食物」。今年四旬期,让我们作出改变。

施舍不单是捐钱作慈善或給穷人,作为安慰我们在物质主义生活方式下产生的良心愧疚,或是作为没有对社会有所贡献的弥补。施舍要求一个奉献我们的心的心态,并愿意「奉獻到心痛為止」。因此,我请你们将不吃巧克力、雪糕等等省下来的钱,和不上餐馆不看电影等等省下来的钱存起来,将这钱献作你对主的爱的奉献。

我吁请所有天主教徒领取四旬期奉献盒和信封。寻求简朴的生活方式。让我们少吃点,让我们不要浪费食物、水、电等等。做什么都多想想,更热忱地祈祷,作为我们对为我们献出祂的独生子耶稣的慈爱的天主表示感谢的记号。让我们慷慨地支持我们的四旬期的呼吁,因为「你们用什么尺度量給人,也要用什么尺度量給你们」(玛7:2)。

祈愿充满圣神的四旬期。

傅云生总主教


RAYUAN LENT TAHUNAN 2018

Pada tahun ini, Tahun Baharu Cina jatuh pada hari ketiga Musim Lent. Uskup-uskup kita di Malaysia telah memberi pengecualian daripada puasa dan pantang makan pada Jumaat ini sempena perayaan tersebut di mana kita bersyukur dan memberikan penghormatan kepada orang tua kita, bergembira dan mengeratkan lagi hubungan dengan rakan-rakan.

Perutusan Bapa Suci kita, Pope Francis, sempena Lent menuntut perubahan kepada hati yang dingin dan cenderung mementingkan diri sendiri dan asyik dalam kehidupan materialistik. Lent merupakan waktu yang sesuai untuk memulakan lembaran baharu, menyesali dosa-dosa, memperbaharui kepercayaan kita serta membawa harapan dan belaskasihan kepada mereka yang memerlukan bantuan di kalangan kita.

DOA membolehkan kita untuk merenungkan fikiran kita, dan mendengar bisikan lembut Allah di tengah dunia yang sibuk. Kita bercakap dengan Tuhan kita dalam doa, berjalan bersamaNya dalam doa Jalan Salib.

HUKUMAN BAGI DOSA Menerusi pantang dan puasa, kita mahu mengatasi gaya hidup materialistik dan hedonistik yang mengejar kenikmatan dan keseronokan. Hukuman bagi dosa kita mengajak kita untuk meninggalkan gaya hidup yang mementingkan diri sendiri. Gereja mengajak kita untuk hidup dengan rendah hati dan berkongsi sumber kita. Dengan seruan bagi mewujudkan keadilan, kita boleh memilih untuk tidak membazirkan makanan. Akhbar The Star (24 May 2016) melaporkan “rakyat Malaysia membazirkan 15,000 tan makanan setiap hari termasuk 3,000 tan yang masih boleh dimakan dan tidak harus dibuang”. Marilah kita membawa kelainan pada Musim Lent ini.

MEMBERI SEDEKAH adalah lebih daripada sekadar memberi $$$ atau derma kepada badan amal atau orang miskin, sebagai satu cara untuk menyenangkan suara hati kita disebabkan oleh gaya hidup kita yang materialistik atau cara bagi menebus kegagalan kita untuk menyumbang kepada masyarakat. Memberi sedekah menuntut sikap dalaman bagi kita untuk menyerahkan hati kita dan bersedia untuk “memberi sehingga ia menyakitkan”. Selain itu, saya meminta anda mengetepikan wang yang dijimatkan daripada amalan menghindari coklat, aiskrim dan sebagainya serta wang yang dijimatkan kerana tidak makan di luar atau menonton filem, dan sebagainya. Berikanlah wang yang dijimatkan itu sebagai pemberian kasih anda kepada Tuhan.

Saya merayu kepada semua orang Katolik untuk mendapatkan sampul dan Kotak Lent anda. Cubalah menjalani gaya hidup yang sederhana. Marilah kita kurangkan makanan dan janganlah kita membazir makanan, air, elektrik, dan sebagainya. Sentiasa merenung diri dalam apa jua yang kita buat dan berdoalah dengan lebih bersungguh-sungguh. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kita yang Maha Penyayang dan yang memberikan kepada kita PuteraNya yang Tunggal, Yesus, marilah kita memberi dengan murah hati untuk menyokong Rayuan Lent kerana “ukuran yang kamu beri adalah ukuran yang kamu akan terima” (Matius 7:2).

Mendoakan Musim Lent yang dipenuhi Roh Kudus.

Uskup Agung Simon Poh