From The Archbishop's Desk

Archbishop Simon Poh’s message for Christmas 2018

“For God so loved the world that he gave his only Son” (John 3:16)

Dear Brothers and Sisters in the Lord. Christmas is just round the corner. This year has indeed been an eventful year. Together we have gone through many celebrations and challenges in our Archdiocese, in Sarawak and in our nation. At this moment, the world economy is going through a tough financial time. The prices of food and goods, together with the cost of living will continue to rise. But we can also be grateful for the blessings we have received throughout the year.

Last month, I happened to watch TV and saw part of Dr Seuss’ movie: “How the Grinch stole Christmas.” The green Grinch, a creature who despises Christmas with its celebration and joy, decided to stop Christmas in Whoville village. He managed to destroy the Christmas tree and even stole all the Christmas presents. The father of a little girl called Cindy Lou, defended him and reminded the villagers that Christmas is about the love of family and friends, not just the gifts. Whereby the people were lifted from their sadness and started to sing Seuss’ “Welcome Christmas” song. The song touched Grinch’s heart who then returned the presents and became part of the Christmas celebration.

This movie has a message for all of us. As we prepare for Christmas, let us remember that at the first Christmas, it is God giving us the precious GIFT of his beloved Son Jesus, born in a humble stable. JESUS is the reason for our Christmas celebration and joy. God welcomes us to his family. It is with this gratitude that we share God’s blessing with one another. That is why we offer each other presents. Christmas is a season of giving because we have been blessed with the GIFT of JESUS.

Here are a few things we can do during Advent and our preparation for Christmas:

  • Tell and read Gospel stories to our Children: Luke 2:1-15 and Matthew 2:1-12
  • Explain our gift-giving as an expression of our THANK YOU to God
  • Teach our children to help other children by giving to Love Offering boxes
  • Give Time, Talent and Treasures (money) to alleviate sufferings
  • Join SKUP to prepare and deliver food to the needy within Kuching city
  • Give an essential item in our SSVP Share-Care project
  • Let us not waste food. Let us not be extravagant in our expenses
  • Join Carolling Groups to the SSVP families, Home of Peace, etc
  • Donate food items and join SSVP to deliver and visit the families in need
  • Do more that you know is right within your heart…

For the real meaning of Christmas, we have first to receive God’s GIFT of JESUS in our hearts. Then as a concrete response, we give our Time, Talents and Treasures to bless others. May you experience the Lord’s generosity and blessing. “Give and it will be given to you. A good measure, pressed down, shaken together, running over, will be put into your lap; for the measure you give will be the measure you get back.” (Luke 6:38).

With every prayer and blessing for Advent, Christmas and New Year 2019

+ Simon Poh
Archbishop of Kuching


PERUTUSAN SEMPENA NATAL 2018

“Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan AnakNya yang tunggal” (Yohanes 3:16)

Saudara dan saudari yang dikasihi dalam Tuhan. Natal akan tiba tidak lama lagi. Tahun ini sesungguhnya tahun yang penuh dengan peristiwa. Kita telah sama-sama mengalami banyak perayaan dan cabaran dalam Keuskupan Agung kita, di Sarawak dan negara kita. Pada waktu ini, ekonomi dunia sedang mengalami kegawatan kewangan. Harga makanan dan barangan, serta kos sara hidup, akan terus naik. Namun kita boleh juga rasa bersyukur kerana keberkatan yang kita terima sepanjang tahun ini.

Pada bulan lepas, saya kebetulan menonton TV dan melihat sebahagian daripada filem Dr Suess: ‘How the Grinch stole Christmas’. Grinch, makhluk hijau yang membenci Natal dan perayaan serta kegembiraan yang mengiringinya, membuat keputusan untuk menghentikan Natal di perkampungan Whoville. Dia berjaya memusnahkan pokok Krismas dan malah mencuri semua hadiah Krismas. Bapa seorang kanak-kanak perempuan bernama Cindy Lou, mempertahankannya dan mengingatkan penduduk kampung bahawa Natal adalah mengenai kasih keluarga serta rakan-taulan, bukan hanya mengenai hadiah sahaja. Dengan itu, orang ramai melupakan kesedihan mereka dan mula menyanyikan lagu ‘Welcome Christmas’ dari Seuss. Lagu itu menyentuh hati Grinch yang kemudian memulangkan hadiah-hadiah dan menjadi sebahagian daripada perayaan Natal.

Filem ini mempunyai pesanan bagi semua kita. Tatkala kita bersiap sedia untuk Natal, marilah kita ingat bahawa pada Natal pertama, Allah memberikan kita HADIAH yang tidak ternilai, iaitu AnakNya yang terkasih, Yesus, yang dilahirkan dalam sebuah kandang yang sederhana. YESUS merupakan sebab bagi kegembiraan dan perayaan Natal. Allah mengalu-alukan kita ke dalam keluargaNya. Kita berkongsi keberkatan Allah dengan satu sama lain dengan rasa kesyukuran ini. Itulah sebabnya kita memberi hadiah kepada satu lain. Natal merupakan musim memberi kerana kita telah diberkati dengan YESUS sebagai pemberian.

Di bawah adalah beberapa perkara yang kita dapat buat pada musim Advent dan persiapan kita untuk Natal:

  • Ceritakan dan baca kisah-kisah dalam Injil untuk anak-anak kita: Lukas 2:1-15 & Matius 2:1-12
  • Terangkan tentang pemberian hadiah sebagai gambaran bagi ucapan TERIMA KASIH kita kepada Allah
  • Ajar anak-anak kita untuk membantu anak-anak lain dengan memberi kepada kotak pemberian Kasih
  • Beri Masa, Bakat & Harta Karun (wang) untuk mengurangkan penderitaan
  • Sertai SKUP untuk menyediakan dan menghantar makanan kepada golongan yang memerlukan bantuan di dalam bandar raya Kuching
  • Beri barang yang perlu dalam projek ‘Share-Care’ SSVP
  • Janganlah kita bazirkan makanan. Janganlah kita boros dalam perbelanjaan kita
  • Sertai Kumpulan Karoling kepada keluarga SSVP, pusat warga emas ‘Home of Peace’ dan sebagainya
  • Derma barang makanan dan sertai SSVP untuk menghantar barang makanan dan melawat keluarga yang memerlukannya
  • Buat lebih perkara yang anda tahu adalah betul dalam hati anda ….

Untuk makna sebenar Natal, kita terlebih dahulu perlu menerima PEMBERIAN Allah iaitu Yesus di dalam hati kita. Kemudian sebagai tindak balas yang konkrit, kita beri Masa, Bakat dan Harta Karun kita untuk memberkati orang lain. Semoga anda mengalami keberkatan dan kemurahan hati Tuhan. “Berilah dan ia akan diberikan kepadamu. Takat secukupnya, ditekan ke bawah, digoncang bersama, melimpah-ruah, akan diletakkan ke atas kamu; kerana takat yang kamu beri akan menjadi takat yang kembali kepadamu.” (Lukas 6:38).

Dengan setiap doa dan pemberkatan bagi Advent, Natal dan Tahun Baharu 2019.

+ Simon Poh
Uskup Agung Kuching