From The Archbishop's Desk

Message for Lent for Catholic Lenten Appeal 2021 (3 Languages)

“God is able to bless you abundantly, so that in all things at all times, having all that you need, you will abound in every good work.” (2 Corinthians 9:8)

Ash Wednesday on 17 February 2021 marked the beginning of Lent. Traditionally from Matthew 6:1–18, we observe the Lenten penitential practices of Almsgiving, Prayer & Fasting. A simple guideline is that these Lenten practices should always be a blessing to other people. Do this and we too will be personally blessed by the Lord.

Prayer and Fasting help us to deepen our relationship and dependency on God. They strengthen our faith to a committed relationship to be charitable to those around us through generous Almsgiving. These three Lenten practices are to be carried out together.

COVID-19 has slowed down our economy and caused great hardships to many families, especially the daily-paid and migrant workers. With many factories and businesses closing, many are becoming unemployed.We will be facing a new category of poor people. The recent wet monsoon flooding has affected many homes as well as padi-fields and farms. Lower yield or harvest will result in such families needing some form of support to tide them over the challenging times in 2021. CWS Lenten Appeal offers you the opportunity to help alleviate mental anguish and human suffering among the poor, homeless, elderly and persons in need.

In Lent 2020 last year, we had spent over half of Lent under the shadow of MCO lockdown. With the suspension of Masses, many Lenten Appeal Boxes and Envelopes were left uncollected in all our Churches, resulting in very little donation received.

For Lent 2021 this year, CWS will continue to make available these Boxes and Envelopes in Churches. In addition, we will offer electronic bank transfer and Sarawak Pay QR Code to facilitate your generous donation.

Catholic Welfare Services Council Sarawak
Account no: Maybank 511234019806

In the Gospel of John 6:1–14, the little boy could only offer Jesus his five loaves and two fish. But in Jesus’ loving hands, these were multiplied to feed over 5,000 men, women and children—with 12 baskets of leftover being collected.

Brothers, sisters in Christ and friends of goodwill, I encourage you to do your part and give your offering to the Lord. No donation is considered as too small for “sikit sikit jadi bukit”. When Christians come together as one family in Christ, and share the resources in hand, we can be sure that every brother and sister will be provided for. (Read Acts 4:32–35). And above all trust the Lord to provide for all that you need.

“Give, and it will be given to you. Good measure, pressed down, shaken together, running over, will be put into your lap.” (Luke 6:38)

Be blessed and have a spirit filled Lenten season.

Archbishop Simon Poh


Perutusan Lent untuk Rayuan Lent Katolik 2021

“Allah akan memberkati kamu dengan berlimpah, supaya dalam segala perkara pada setiap masa, dengan memiliki segalanya yang kamu perlukan, kamu akan melimpah dalam setiap amalan yang baik.” (2 Korintus 9:8)

Hari Rabu Abu pada 17 Februari 2021 menandakan permulaan Musim Lent. Menurut tradisi dari Injil Matius 6:1–18, kita menjalani amalan-amalan pertaubatan pada Musim Lent iaitu Bersedekah, Berdoa dan Berpuasa. Satu garis panduan yang mudah ialah amalan-amalan pada Musim Lent ini seharusnya sentiasa menjadi keberkatan bagi orang lain. Lakukan ini dan kita sendiri juga akan diberkati Tuhan.

Doa dan Puasa membantu kita untuk mengeratkan lagi hubungan dan kebergantungan kita kepada Allah. Ia menguatkan lagi kepercayaan kita kepada hubungan yang komited untuk beramal kepada orang di sekeliling kita menerusi Sedekah yang murah hati. Tiga amalan ini perlu dijalankan bersama pada Musim Lent.

COVID-19 telah melembapkan ekonomi kita dan menyebabkan kesusahan bagi banyak keluarga, terutamanya pekerja pendatang dan bergaji harian. Dengan penutupan banyak kilang dan premis perniagaan, ramai telah menganggur. Kita bakal berdepan dengan kategori baharu golongan miskin. Banjir hujan monsun kebelakangan ini telah menjejaskan banyak rumah selain sawah padi dan ladang. Hasil atau tuaian yang kurang akan menyebabkan keluarga sedemikian untuk bergantung kepada suatu bentuk sokongan untuk membantu mereka pada waktu yang mencabar pada 2021. Rayuan Musim Lent CWS memberi anda peluang untuk membantu mengurangkan keresahan mental dan penderitaan manusiawi di kalangan golongan miskin, gelandangan, warga emas dan orang yang memerlukan bantuan.

Pada Lent 2020 tahun lepas, kita telah menghabiskan lebih separuh Musim Lent di bawah bayang-bayang sekatan pergerakan PKP. Dengan penggantungan sembahyang Misa, banyak Sampul dan Kotak Rayuan Musim Lent tidak dikutip di semua gereja kita, yang menyebabkan sangat sedikit sekali sumbangan derma yang diterima.

Bagi Lent 2021 pada tahun ini, CWS akan tetap menyediakan Kotak dan Sampul ini di gereja-gereja. Selain itu, kita akan menawarkan pemindahan bank elektronik dan Kod QR Sarawak Pay untuk memudahkan sumbangan anda yang murah hati.

Catholic Welfare Services Council Sarawak
No. Akaun: Maybank 511234019806

Dalam Injil Yohanes 6:1–14, si budak kecil hanya mampu membawa lima buku roti dan dua ekor ikan kepada Yesus. Namun dalam tangan Yesus yang penyayang, ia telah dilipat-ganda untuk memberi makanan kepada 5,000 orang lelaki, wanita dan kanak-kanak—dan sisa yang dikumpul memenuhi 12 buah bakul.

Saudara-saudari dalam Kristus dan rakan-rakan muhibah, saya menggalakkan anda untuk memainkan peranan dan menyerahkan pemberian anda kepada Tuhan. Tiada sumbangan dianggap terlalu kecil kerana “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Apabila umat Kristian datang bersama sebagai satu keluarga dalam Kristus, dan berkongsi sumber yang ada dalam tangan, kita boleh pasti bahawa setiap saudara dan saudari akan dibantu. (Baca Kisah Para Rasul: 4:32–35). Dan lebih daripada segalanya, percaya bahawa Tuhan akan menyediakan segalanya yang anda perlukan.

“Berilah, dan ia akan diberikan kepadamu. Ganjaran yang secukupnya, dipadat-padat, digoncang bersama, yang melimpah-ruah, akan diletakkan di atas pangkuan kamu.” (Lukas 6:38)

Semoga diberkati dan mengalami Musim Lent yang dipenuhi Roh Kudus.

Uskup Agung Simon Poh


天主教四旬期募捐文告 2021

「天主能丰厚地赐与你们各种恩惠,使你们在一切事上常十分充足,能多多行各种善事。」(格后9:8)

2021年2月17日的圣灰星期三标志了四旬期的开始。从玛窦福音6:1-18,传统上,我们以施舍、祈祷和禁食作为四旬期的忏悔赎罪行为。简单的指标就是那些四旬期的作为应该常常是对别人的一个祝福。这样做了,我们自己也将获得主的祝福。

祈祷和禁食帮助我们加深我们和天主的关系和对天主的依靠。藉着慷慨的施舍,它加强我们对忠诚关系的信念,对我们周围的人们的慈善。四旬期的这三个作为须同时实行。

新冠肺炎使我们的经济滑落,并对许多家庭造成困难,特别是按日计薪的工人和外劳。由于许多工厂和商业倒闭,许多人也失业了。我们将面临新一类的穷人。最近的水患也影响到许多房屋以及稻田和农场。低产或歉收将造成这些家庭需要某种方式的协助来帮助他们度过充满挑战的2021年。天主教福利会的四旬期呼吁为大家提供一个机会帮助減輕穷困的、无家可归的、老弱的和有需要的人们精神上的焦虑和肉身的痛苦。

去年2020年的四旬期,我们有半个四旬期是在行动管制令的关闭中。因弥撒取消了,各教堂余下许多的四旬期筹款盒子及信封没有被领走,结果所筹得的捐款也非常少。

今年2021年的四旬期,天主教福利会将继续在各教堂放置这些盒子和信封。此外,我们也将提供电子银行转账和砂朥越支付(Sarawak Pay)二维码方便大家慷慨捐献。

Catholic Welfare Services Council Sarawak
银行账号: Maybank 511234019806

在若望福音6:1-14中,那位小孩只能给耶稣他的五块饼和两条鱼。但在耶稣慈爱的手中,这些食物增加到喂饱了五千男人,还不算女人和孩子—剩余的收集起来还装满十二筐。

主内的兄弟姐妹,善心人士们,我恳请大家各尽一分力,为主奉献。不管捐献多少都不会嫌少,因为「积少成多」,「集腋成裘」。当基督徒以一个基督的家庭聚集一起,并将所有的共享,我们可以确定没有贫乏的兄弟和姐妹(参阅宗4:32-35)。最重要的是,信靠主提供你们所需要的一切。

「你们给,也就给你们;並且还要用好的,连按带搖,以致外溢的升斗,倒在你们的怀里,因为你们用什么升斗量,也用什么升斗量给你们。 (路6:38)

愿天主祝福及愿大家度一个神光满照的四旬期

傅云生总主教